Pages

PROFIL SYARIKAT

IPJ Resources adalah sebuah syarikat yang mengendalikan perniagaan membekalkan toner, inkjet, ribbon, barangan IT(perkomputeran), keperluan alat-tulis, peralatan keselamatan, pakaian, peralatan sukan dan juga cenderamata kepada jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat dan juga badan-badan berkanun.

Disokong penuh dan dilantik sebagai AUTHORISED DEALER oleh pengeluar alatan perkomputeran yang berkaliber iaitu HEWLETT PACKARD (HP), CANON, PANASONIC, BROTHER, SAMSUNG, XEROX.

Selain itu juga, IPJ Resources merupakan sebuah firma perunding yang menawarkan kepakaran dalam bidang latihan, kursus, perundingan kaunseling perniagaan dan lain-lain khidmat nasihat serta kepakaran yang diperlukan oleh ahli perniagaan, khususnya para usahawan bumiputera.

Syarikat ini dikendalikan oleh profesionalis muda yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawanan terutama dalam khidmat nasihat, motivasi, kursus-kursus pengurusan perniagaan (kewangan, pemasaran, pengeluaran dan pentadbiran) juga termasuk kursus-kursus pembangunan kerjaya serta pengurusan sumber manusia.

Syarikat ini telah diperbadankan secara rasminya pada 1hb Julai 2004 dan telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para pelanggan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, firma swasta, syarikat persendirian dan persatuan-persatuan.

About the Author

I'm Hung Duy, the founder of Xml Blogger Templates (XBT). I'm a freelance writer on topics related to Website Optimization (SEO), blogger customizations and making money online. I'm blogging since 2006 and I'm currently a guest blogger on Blogging With Success.
Follow Me on Twitter or On Facebook


Visit xmlbloggertemplates.com for more Blogger Templates

 
Designed by