Pages

Pembekal Toner, Stationary, Barangan Komputer, Bahan Percetakan (Banner & Banting) dan Cenderamata & Hadiah Area KL dan Selangor

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera..

Khas untuk syarikat atau ahli perniagaan yang sedang mencari pembekal bagi toner, stationary, dn barangan IT dengan harga murah, boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat kami di IPJ RESOURCES. Syarikat pembekal direct dari kilang.

Perkhidmatan kami :
- Membekal toner/ink/ribbon/cartridge.
- Membekal Alat Tulis.
- Membekal peralatan Komputer.
- Membekal bahan-bahan percetakan(Banting & Banner)
- Membekal Cenderamata & Hadiah.

Kelebihan Kami :
- 100% Syarikat Bumiputera.
- Mendapat pengiktirafan dan perlantikan sebagai "Authorized Dealer" oleh HP.
- Penghantaran percuma ke tempat anda (hanya utk kawasan KL & selangor)
- Penghantaran Cepat.
- Ready stock.
- Produk original daripada Kilang.
- Harga berpatutan.



VISI, MISI & OBJEKTIF SYARIKAT

Visi Syarikat

Untuk menjadi sebuah organisasi Sumber terulung, dinamik serta berdaya saing menerusi pakatan berpasukan yang teguh dan mantap.

Misi Syarikat

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan pengguna seratus peratus.


Objektif Syarikat

Matlamat ataupun objektif utama syarikat adalah :

  1. Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan.
  2. Pengendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan penggarapan nilai murni di antara pembekal dan para pelanggan.
  3. Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.
  4. Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
  5. Konsisten dalam menangani masalah tempahan dan pembelian bekalan agar penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada pelanggan dengan segera.
Objektif ini adalah selaras dengan usaha kerajaan Malaysia dalam melahirkan generasi usahawan yang agresif lagi prihatin menuju ke arah "Wawasan 2020" dan juga membina "Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera(MPPB)" 

PROFIL SYARIKAT

IPJ Resources adalah sebuah syarikat yang mengendalikan perniagaan membekalkan toner, inkjet, ribbon, barangan IT(perkomputeran), keperluan alat-tulis, peralatan keselamatan, pakaian, peralatan sukan dan juga cenderamata kepada jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat dan juga badan-badan berkanun.

Disokong penuh dan dilantik sebagai AUTHORISED DEALER oleh pengeluar alatan perkomputeran yang berkaliber iaitu HEWLETT PACKARD (HP), CANON, PANASONIC, BROTHER, SAMSUNG, XEROX.

Selain itu juga, IPJ Resources merupakan sebuah firma perunding yang menawarkan kepakaran dalam bidang latihan, kursus, perundingan kaunseling perniagaan dan lain-lain khidmat nasihat serta kepakaran yang diperlukan oleh ahli perniagaan, khususnya para usahawan bumiputera.

Syarikat ini dikendalikan oleh profesionalis muda yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawanan terutama dalam khidmat nasihat, motivasi, kursus-kursus pengurusan perniagaan (kewangan, pemasaran, pengeluaran dan pentadbiran) juga termasuk kursus-kursus pembangunan kerjaya serta pengurusan sumber manusia.

Syarikat ini telah diperbadankan secara rasminya pada 1hb Julai 2004 dan telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para pelanggan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, firma swasta, syarikat persendirian dan persatuan-persatuan.
 
Designed by